Curriculum Vitae

Pindah Randah

Setakat berpindah tempat duduk tidak mungkin dapat memindahkan minda aku untuk mengagumi kau. Sungguh kesian... semakin dekat semakin senang untuk aku melemparkan segala ketidakpuasan hati yang terpendam ni..kau mungkin hebat dengan pangkat untuk menghakimi aku tapi aku hebat dengan akal.....bila bertemu melawan tetap pasti......hahahahahahahahahahaaha......(gelak jahat)

Menentang Menegakan Kebenaran


Tentanglah selagi kau di pihak yang benar..! Bangun untuk melawan

Bangun


Cuba renungkan hari ke hari
Malapetaka di sana sini
Bencana datang dan juga pergi
Tapi pastikan kembali lagi
Kita masih di awang awangan
Berkhayal dengan kemewahan hasil usaha peninggalan
Mereka yang telah kita lupakan

Entah apa yang akan terjadi
Bila bencana melanda nanti
Tiada siapa yang peduli
Dalam hidup kita hari ini
Jangan nanti di suatu hari
Menyalahkan sesama sendiri
Bila merdeka tiada erti
Sesalan tiada berguna lagi.

Jangan mudah engkau berkata
Dunia hanya sementara
Untuk kau mundur dan leka buat selama-lamanya
Jangan nanti di suatu hari
Menyesali apa yang terjadi
Kerana engkau masih bermimipi di siang hari...

Bangunlah..dari tidur
Bangunlah...Bangsaku..!

Perjuangan

Melihat erti kehidupan
Bagaikan di medan peperangan
Pegangan menjadi bagaikan
Mengundang akan kecelakaan
Seakan sudah tiada lagi
Hak dan kebebasan diri sendiri

Bila kuasa di genggaman
Bagaikan dirasuki syaitan
Hilang arah dan kepercayaan
Maka dilupakanlah daratan
Janji yang harus dikotakan
Kini hanyalah tinggal kenangan

Hingga tiada kebebasan
Untuk menyuarakan pandangan
Bagi setiap penentangan
Pasti dihantui bebanan
Yang cuba memberanikan diri
Pasti dibayangi hukuman ngeri

Apakah mereka terlupa
Kita punya rasa,punya cinta
Yang sedang dalam kegelapan
Dan bagai dalam kesesatan
Akan pasti aku nyalakan
Api cahaya kebebasan

Bukan melancar peperangan
Hanya berjuang keadilan
Berilah aku kebebasan
Kehidupan yang diinginkan

Perjuangan...! Ini bagaikan
Petempuran & peperangan

Perjuangan...! Kebebasan
Keadilan kan ku teruskan

Tiada Lagi Alasan

Terima Kasih Mr. Black. Kami semua sangat teruja.

Kau Pandai Sangatkah?

Keluhan seorang buruh kasar pada majikannya yang suka mencari kesalahan pekerjanya:

Kalau kau pandai sangat kau buat lah sendiri...jangan mempersendakan dengan apa yang orang dah buat..kalau salah tunjuk lah baik-baik bukan menjatuhkan air muka orang itu...kau ingat kau hebat sangat kah..? Setakat hebat berkata-kata tak payah nak menonjol..jangan guna pangkat untuk menjatuhkan orang..kalau betul kau hebat mari kita beradu...beradu bukan dengan pisau tapi dengan akal...

P/S: Jangan mudah percaya pada "Black Mamba"...Saban hari kau akan menyesal....